SEJARAH SMK SARIKEI BARU


SEJARAH PENUBUHAN SMK SARIKEI BARU

SMK SARIKEI BARU telah ditubuhkan pada 10 Disember 2014. SMK Sarikei Baru merupakan sekolah menengah yang kelima penubuhan di dalam daerah Sarikei. Terletak di Lot 1716, blok 34 Jalan Rentap, SMK Sarikei Baru baru bermula beroperasi secara rasmi pada 12 Januari 2015. Seramai 562 orang pelajar perintis yang berasal dari sekolah menengah sekitar bandar Sarikei. Pelajar berkenaan terdiri daripada 297 orang murid perempuan dan 265 orang murid lelaki. Pada awal penubuhan terdapat 45 orang guru (termasuk pengetua) dan 5 orang kakitangan sokongan. Pada awal pengoperasian sekolah ini mempunyai 20 buah kelas yang menjadi nadi penggerak SMK Sarikei Baru. Kelas tersebut terdiri daripada 1 kelas peralihan, 6 buah kelas tingkatan 1, 4 buah kelas tingkatan 2, 4 buah kelas tingkatan 3 dan 5 buah kelas tingkatan 4. 

Pembinaan sekolah ini memakan masa hampir 2 tahu. SMK Sarikei Baru telah berdiri gah pada penghujung tahun 2014. Terletak kira-kira 2 kilometer dari Bandar Sarikei di atas tapak yang berkeluasan 19.02 ekar dengan menelan belanja kira-kira 47.3 juta ringgit. Sekolah ini berdiri megah dengan memuatkan 7 bangunan tiga tingkat yang dilengkapi 36 bilik darjah, 1 bilik masakan, 1 bilik Pendidikan Seni, 1 bilik Tayangan, 2 Makmal Komputer, 1 bilik pengurusan kediaman, 1 bengkel paip dan logam, 1 bengkel logam dan kayu, 1 bilik multimedia, 1 bilik jahitan, 1 bilik kaunseling, 2 bilik utility, 1 tingkat bilik guru dan 1 bilik Pentadbiran.

Pada tahun 2015, SMK Sarikei Baru telah membuka pintunya kepada pelajar sulung tingkatan 3 dan pada tahun 2015 adalah titik permulaan PT3 di sekolah ini. Pada tahun 2016 pula SMK Sarikei Baru terus mengorak langkah ke hadapan dengan adanya kelas tingkatan 5 dan pada tahun 2016 juga merupakan titik permulaan bagi peperiksaan SPM di sekolah ini.

SMK Sarikei Baru merupakan sekolah yang baru bertapak dan mampu bersaing dengan sekolah-sekolah lain dengan berkat kerjasama semua warga sekolah. Pelbagai usaha dan komitmen telah diberikan oleh semua warga sekolah bagi memastikan sejarah sekolah ini terus terukir sehingga ke peringkat lebih tinggi.


SENARAI PENGETUA 

1. En. Awet Bin Gapor (2015 - sehingga kini)




OLEH: NURFARRA ERMINA



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA 2019-2020